Polisi Minyak Kelapa Sawit Ayam Brand™

Sejak bertahun-tahun Ayam Brand™ telah melaksanakan polisi yang bertanggungjawab dalam penggunaan minyak kelapa sawit dengan mencari alternatif minyak sayuran lain yang berkhasiat seperti minyak zaitun atau minyak kacang soya.
Hari ini, hanya tinggal beberapa produk Ayam Brand™ yang masih menggunakan minyak kelapa sawit dan jumlah pembelian minyak kelapa sawit tahunan juga adalah serendah 200 MT, yang hanya mewakili kurang daripada 0.00001% daripada pengeluaran Malaysia.

Walaupun penggunaan minyak kelapa sawit kami adalah tersangat rendah, namun Ayam Brand™ telah mewujudkan dua ketetapan piawaian yang ketat:

1.    Mana-mana produk Ayam Brand™ yang menggunakan minyak kelapa sawit mestilah lestari.

Kilang-kilang kami adalah bertaraf RSPO dan untuk produk Ayam Brand™, hanya minyak kelapa sawit dari Malaysia Barat yang mempunyai sijil kelestarian sahaja digunapakai.

2.    Label pada produk Ayam Brand™ adalah telus dan jelas.

Bilamana produk Ayam Brand™ mengandungi minyak kelapa sawit, ianya akan dinyatakan dengan jelas di dalam senarai ramuan pada label produk tersebut.

 

Pakatan bagi Minyak Kelapa Sawit Lestari

Ayam Brand™ dengan bangga merupakan antara pengasas SASPO (Support Asia untuk kelestarian minyak kelapa sawit), satu inisiatif daripada WWF Singapura.

Visi Pakatan ini adalah untuk menjadikan CSPO yang norma bagi menghalang jerebu serta penebangan hutan dan kerugian habitat dirantau ini. Ia bertujuan untuk menyediakan platform bagi syarikat-syarikat untuk turut serta ke arah pengeluaran, perdagangan dan menggunakan minyak kelapa sawit lestari yang disahkan.

Dasar minyak kelapa Ayam Brand™ ini membuktikan bahawa mungkin syarikat- syarikat berskala sederhana juga boleh membangun dan melaksanakan dasar-dasar yang lestari dan bertanggungjawab. Baru baru ini program tahunan telah menunjukkan bahawa ia merupakan tanggungjawab kita untuk mengambil bahagian dalam semua usaha yang mungkin untuk mengurangkan dan sekaligus menghapuskan jerebu dalam kehidupan kita.
Apa pun skalanya, semua syarikat hendaklah mengamalkan matlamat alam sekitar.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pakatan, sila klik pada logo WWF.

WWF logo.svg

 

 

Share This

 

Go To Top