malaysiaMALAYSIA

Dasar Privasi

Privasi anda adalah penting bagi kami. Kami hanya menggunakan data peribadi ahli untuk menyediakan ahli dengan maklumat tentang produk dan jenama kami , untuk berkongsi dengan mereka resipi dan maklumat pemakanan , untuk meminta pendapat mereka tentang projek kami , produk kami dan perkhidmatan kami untuk menambah baik produk dan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. Sila baca ringkasan amalan privasi kami di bawah dan ajukan kepada kami jika anda mempunyai sebarang persoalan.

 

Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi

Maklumat peribadi ialah data yang boleh digunakan untuk proses mengenal pasti atau hubungi pengguna laman web kami.
Kami tidak menggunakan Data Peribadi bagi urus niaga komersial.

Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan?

Data peribadi untuk mendaftar ahli adalah terhad, maklumat asas dan dengan implikasi terhad.

 

  • Data yang wajib untuk ahli baru mendaftar
    • Nama pertama dan nama (anda boleh menggunakan nama samaran jika anda tidak bersedia untuk mendedahkan nama anda)
    • Alamat e-mel yang sah ( kami cadangkan anda untuk mempunyai alamat e-mel khusus untuk surat berita dan maklumat komersial , dipisahkan dari e-mel profesional dan peribadi anda)
  • Data bukan wajib untuk mendaftar
    • Alamat penuh
    • jantina
    • Kumpulan umur
    •  bahasa
    • Telefon atau telefon mudah alih
    •  Kumpulan etnik

Kami mungkin meminta nombor ID untuk pertandingan, tetapi kami tidak mendaftarkan mereka dalam pangkalan data kami . Kami akan memastikan mereka dalam rekod yang berasingan seperti yang diminta oleh undang-undang dan peraturan-peraturan dan kami memadam data tersebut apabila ianya tidak lagi diperlukan.

Kami tidak akan meminta data selain dari yang di atas. Jika anda percaya bahawa orang dari syarikat kami sedang cuba untuk meminta anda untuk data peribadi tidak disenaraikan di atas, sila laporkan kepada kami.

Semua data peribadi anda disimpan dengan kebenaran anda. Jika anda percaya bahawa data peribadi anda didaftarkan tanpa kebenaran anda, sila laporkan kepada kami. dan kami akan memadam data peribadi anda dari pangkalan data kami.
Pada bila-bila masa , jika anda ingin untuk berhenti melanggan , sila beritahu kami dan kami akan memadam data peribadi anda dari pangkalan data kami.

Bagaimana kami melindungi maklumat peribadi anda?

Data peribadi keahlian disimpan dalam bentuk pelayan maya “CLOUDACCESS.NET” yang terletak di Detroit, Michigan, Phoenix, Arizona and Bissen Luxembourg. Data peribadi yang boleh diakses oleh kakitangan yang terhad dan ianya ditetapkan sendiri syarikat- syarikat Denis Group atau subkontraktor, di bawah prosedur bertulis yang betul untuk memastikan kerahsian, integrity data dan untuk mencegah penyalahgunaan.

Kami tidak menjual atau berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga. Kami tidak akan mendedahkan data peribadi, kecuali jika diminta oleh pihak polis atau pihak berkuasa yang diberi kuasa mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Syarikat-syarikat kami akan memadamkan data peribadi apabila ianya tidak diperlukan lagi.

 

Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda?

Maklumat peribadi anda hanya boleh digunakan oleh ahli syarikat daripada Denis Group , seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan untuk 3 tujuan

  • untuk menghantar ‘news letter’ dan maklumat jenama
  • untuk menghantar barang , seperti buku-buku resipi atau hadiah pertandingan
  • untuk meminta pendapat anda tentang produk kami, jenama kami atau perkhidmatan kami

 

Komitmen seluruh syarikat kami untuk Privasi anda

Untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah selamat, kami menetapkan garis panduan dan prosedur khas untuk semua kakitangan yang mempunyai akses kepada data peribadi anda

 

Soalan Privasi

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Dasar Privasi kami, sila hubungi kami.

 

Kemaskini terakhir: 18 Mac 2013

Share This

Go To Top