PENNE WITH BAKED BEANS IN TOMATO MINCED BEEF SAUCE

 

Hidangan untuk 4

baked-beans-230  

bahan-bahan

  • 2 tomato
  • 230g daging cencang
  • 1 /2 biji bawang
  • 1 sudu besar bawang putih cencang
  • 200g Penne Alce Nero
  • 1 /2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 tin 230g Kacang Dalam Sos Tomato Ayam Brand™

 

PERAPAN

  • 1/2 sudu besar sos kicap cair
  • 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 cawan stok ayam
  • 1 sudu kecil garam

 

perapan

Perapkan daging lembu dalam mangkuk dengan soya cair, gula dan sedikit lada hitam, stok ayam dan sedikit garam selama 10 minit.


Penyediaan

Didihkan air dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan sedikit minyak zaitun Alce Nero. Apabila mendidih, tambahkan penne dan masak mengikut langkah-langkah dipaket : 7 minit. Jika anda sukakan pasta anda lebih lembut, biarkan 1-2 minit lagi. Sekarang, toskan pasta anda dan letakkan sebelah. Basuh tomato dan potongkan dalam ketulan besar. Potong bawang dan dadukan.


memasak

Panaskan kuali, kemudian, goreng bawang putih dicencang, bawang dan daging cencang. Tambahkan tomato, kacang panggang dan air. Masak selama 10 minit sehingga sos pekat.


membakar

Panaskan ketuhar pada 180ºC. Letakkan penne dalam piring. Tuangkan kacang panggang dan sos dacing cencang. Bakar selama 15 minit.


cara hidangan

Keluarkan dari ketuhar, taburkan sedikit keju parmesan jika anda sukakan.

 

 

Tags: _ Kacang Panggang_ Pasta_ Timur bertemu Barat_ Makan Tengahari_ Makan Malam_ Semua resipi

Share This

 

Go To Top