kurangkan habuk secara semulajadi

1. Kurangkan barang
Rumah yang tidak mempunyai banyak barang pastinya mempunya habuk yang tidak banyak! Cara terbaik mengurangkan habuk adalah dengan mencegah. Pastikan anda membersihkan rumah anda dengan kerap dan mendermakan barang-barang yang tidak digunakan lagi.

2. Menyusun pakaian anda
Kabinet pakaian anda penuh dengan benang-benang longgar dan gentian dari pakaian, tuala dan fabrik tempat tidur. Pilih kotak atau bag khas  untuk menyimpan fabrik yang tidak dipakai.

3. Bersihkan permaidani dan kusyen dengan kerap.
Permaidani dan kusyen menyerap habuk. Gunakan vakum dengan kerap untuk mengurang habuk. Selain itu, jemurkan la di luar supaya ia mendapat cahaya matahari.

 

4. Tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu
Anda mungkin tidak sedar bahawa fabrik tempat tidur anda penuh dengan sel mati dari badan dan boleh menyebabkan lebih banyak habuk. Untuk mengurangkan habuk, basuh fabrik tempat tidur anda setiap minggu.

 

5. Simpan tumbuhan di dalam rumah
Semakin banyak kajian menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan boleh mengurangkan habuk dan pencemaran. Tumbuh-tumbuhan seperti Peace Lilies itu boleh membantu mengurangkan  asap rokok manakala Chinese Evergreen dapat membantu menapis gas-gas beracun seperti ammonia, formaldehid dan karbon monoksida.

Share This

 

Go To Top