Alat pengukur yang perlu ada

Suka membuat kek? Berikut adalah beberapa alat yang harus ada di dapur dan cara menyimpan:

 

1. Mesin penimbang
"Kitchen scale" atau mesin penimbang memang sangat berguna. Ia memberi bacaan berat secara cepat dan tepat supaya resipi anda sentiasa betul. Sebaiknya dapatkan yang versi digital untuk memudahkan bacaan.

Cara menyimpan: Mesin penyimpan  di kaunter dapur tetapi tetap jauhkan daripada haba. Jika anda tidak mempunyai ruang di kaunter anda dan perlu menyimpan di dalam kabinet, pastikan tidak ada barang di atasnya kerana boleh menyebabkan skala rosak.

 

2. Cawan dan sudu pengukur
Ia penting bagi mengukur cecair dan makanan kering seperti air, susu, tepung atau gula. Beli dua set: satu untuk cecair dan satu untuk segala-galanya. Mempunyai dua set juga akan menyelamatkan anda dari membasuh dengan kerap ketika mengikuti resipi.

Cara menyimpan: Bekas kotak khas boleh membantu anda menyusun alat-alat tersebut kerana ia cenderung bersaiz kecil dan terasing.

 

3. Jam "timer"
Dengan adanya "timer", anda tidak perlu sentiasa menunggi di depan ketuhar. Anda boleh melakukkan perkara lain seperti membersihkan dapur tanpa risau makanan akan hangus. 

 

Cara menyimpan:  Jika anda merancang untuk hanya menggunakannya untuk ketuhar, kami cadangkan menyimpannya bersama-sama dengan bekas kek atau cawan dan sudu pengukur supaya senang dicari.

Share This

 

Go To Top