5 Kebaikan Tomato

Tomato puri Ayam Brand™ dipek segar selepas dituai.

Tomato bukan sahaja manis, berjus dan enak dimakan tetapi ia jugak penuh dengan nutrisi berkhasiat. 

Berikut adalah 5 sebab anda perlu tambah tomato ke dalam makanan harian anda: 

KULIT SIHAT
Tomato kaya dengan lycopene iaitu antioksidan kuat yang membantu memberikan warna merah tomato dan melindungi terhadap penyakit. Makan tomato untuk pelindungan kulit daripada kerosakan  yang disebabkan oleh sinar ultraviolet dan mencegah kedutan!

MENGEKALKAN TULANG YANG KUKUH
Lycopene dan Vitamin K terdapat dalam tomato juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan tulang yang kuat dan juga mencegah osteoporosis.

JANTUNG SIHAT
Dengan adanya tomato dalam diet seimbang, anda juga mendapatkan Vitamin B dan Kalium . Kedua-dua nutrien ini membantu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah. 

PENTING UNTUK RAMBUT DAN MATA
Satu lagi vitamin penting yang anda boleh dapat dari tomato adalah Vitamin A yang penting jika anda mahu rambut yang berkilat dan kuat. Ia juga merupakan nutrien yang baik untuk meningkatkan penglihatan dan buta malam.

TINGKATKAN PENGAMBILAN KALIUM
Tomato dalam diet harian anda adalah cara yang mudah untuk membantu anda memenuhi pengambilan kalium anda setiap hari. Ia merupakan satu mineral penting yang menyokong fungsi sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ.

 

 

Share This

 

Go To Top