Kuih Talam

 BAHAN

Lapisan atas
250ml Ayam Brand Santan Superlight
30 gram tepung beras
30 gram tepung jagung
50ml air
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam

Lapisan bawah
300gram Ayam Brand Jagung Manis
250ml Ayam Brand Santan Superlight
100 gram gula pasir
50 gram tepung jagung
½ sudu teh perasa vanilla
½ sudu teh garam

Cara Memasak
Lapisan bawah:
1.Kisar jagung dengan santan dan tapis
2.Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati
3.Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak
4.Kukus lebih kurang 10 minit


Lapisan atas:
5.Panaskan santan dengan daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih
6.Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis
7.Tuangkan campuran ke dalam acuan
8.Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak
9.Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkan dari acuan

Share This

 

Go To Top