CRISPY TUNA SPRING ROLLS

 

 

Hidangan untuk 2

tuna-chunk-mineral-water  

bahan-bahan

  • 100g taugeh, dibuang ekornya
  • 1 lobak merah, diparut
  • 2 sudu besar daun ketumbar dicencang
  • 8 keping kulit popiah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 sudu besar Sos Tiram
  • 3 sudu besar Sos Cili Bawang Putih
  • Sos Cili AYAM sebagai pencecah
  • 1 tin Ketulan Tuna dalam Air Mineral Ayam Brand™ 185g


CAMPURAN / GULUNGAN

Sebelum bermula, sediakan satu mangkuk air dan berus untuk menolong kita melekatkan kulit popiah tersebut. Campurkan tuna, sos tiram, sos cili bawang putih, taugeh, lobak merah dan daun ketumbar dalam mangkuk menggunakan garpu. Kemudian, letakkan kulit popiah diatas piring sebegini. Sapukan sedikit air. letakkan sedikit campuran tuna disebelah sisi kulit popiah tersebut. Gulungkan. Basahkan sisinya dengan sedikit air dan tutupkannya. Letakkan sebelah diatas piring anti minyak untuk menggelakkannya dari melekat.


menggoreng

Panaskan kuali atas api sederhana.Setelah panas, goreng popiah sehingga keperangan. Keluarkan popiah dan letakkan atas kertas untuk menyerap lebihan minyak dari popiah tersebut.


cara hidangan

Susunkan popiah tersebut diatas daun salad dan letakkan mangkuk kecil untuk sos pencecah.

 

 

Tags: _ Sayuran_ Ikan_ Tuna_ Peminat Cili_ Resipi Asia Mudah_ Masakan Cina_ Snek dan koktel_ Semua resipiTuna Cili

Share This

 

Go To Top