VIETNAMESE SPRING ROLL WITH TUNA

 

 

 

Hidangan untuk 4

tuna-chunk-mineral-water  

bahan-bahan

INTI POPIAH

  • 2 cawan bihun
  • 2 bawang hijau
  • 1 timun, dipotong empat dan dihiris nipis.
  • 1 lobak merah, dikupas dan diparut
  • 2 tangkai daun ketumbar, dicencang kasar
  • 6 daun salad butterhead, dibuangkan tangkainya
  • 12 keping kertas beras
  • 1 can Ketulan Tuna dalam Air Mineral Ayam Brand™ 185g

 

SOS KACANG

  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan sos Hoisin
  • 1/2 cawan mentega kacang kasar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 /2 cawan kacang, ditumbuk
  • 2 sudu besar bawang putih, dicencang


PENYEDIAAN / MENCELUR

Mula-mula, rendamkan bihun kita dalam air sejuk selama 20 minit dan pada masa yang sama, letakkan satu periuk air diatas api untuk dididihkan. Setelah air mendidih, celurkan bihun tersebut dalam air panas dan kemudiannya dalam air sejuk dan toskan airnya – ini akan menjadikan bihun anda lebih gental dan enak. Sediakan semangkuk air dengan ais didalamnya dan letakkan sebelah. Kita celurkan bawang hijau di dalam air panas tadi seketika. Keluarkan, dan rendam dalam air berisi ais itu, dan kemudianya keluarkan. Letakkan atas kertas untuk menyerap airnya sebegini. cencang dan campurkan bawang hijau dengan tuna.


MASUKKAN INTI

Ambilkan 2 helai kertas beras dan letakkan leper diatas mangkuk besar atau dulang. Semburkan sedikit air dengan menggunakan jari anda dan setelah keras beras menjadi lembut, kita letakkan sekeping daun salad disisi kertas yang paling dekat dengan kita. Letakkan sekeping tuna ayam brand diatas daun salad tersebut, dan diikuti dengan sedikit bihun, timun dan parutan lobak diatas. Kemudian, lipat bahagian bawah kertas diatas intinya, lipatkan bahagian kanan dan kiri sebegini. gulungkannya sehingga ia hampir siap ( 2/3 ). Anda perlu berlatih untuk melakukannya dengan baik.


PENYEDIAAN SOS

Untuk menyediakan sos kacang, kita perlu mencampurkan kesemua bahan-bahan (1/2 cawan air, sos hoi sin, gula, kacang dan bawang putih ) sehingga sebati. Panggang kacang tanah untuk menyerlahkan lagi aromanya, jika anda suka.


cara hidangan

Hiaskan diatas piring besar bersama timun, lobak merah, daun salad dan daun ketumbar.

 

Tags: _ Sayuran_ Ikan_ Tuna_ Masakan Thai dan Vietnam_ Makan Tengahari_ Snek dan koktel_ Semua resipi

Share This

 

Go To Top