13-tuna-crumble-pie

 

 

Untuk 4

Masa Menyediakan: 15 mins    Masa Memasak: 20 mins

 tuna-chunk-light-olive-oil

Bahan-Bahan:

  • ½ tin ketulan tuna dalam Minyak Zaitun (dengan minyak)
  • 1 daun bawang, dihiris
  • 2 bawang merah, dipotong dadu
  • 1 lobak merah, dikupas dan dihiris separuh
  • 250g kubis bunga, potong bunga kecil-kecil
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 500ml susu
  • Garam dan lada secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak untuk memasak

 

Crumble

  • 12 keping biskut soda, dihancurkan
  • ½ tin ketulan tuna dalam Minyak Zaitun (dengan minyak)
  • 2 sudu besar pasli, dicincang
  • 3 sudu besar bawang putih, dicincang halus

 

CARA: 

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang dan sayur hingga lembut dan keprerangan. Masukkan tepung dan goreng selama 1 minit, kemudian perlahan-lahan masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga ia membentuk menjadi sebati dan berkrim. Biarkan ia reneh selama 3 minit, masukkan ½ tin tuna (dengan minyak), lobak merah dan daun bawang. Tambah garam/lada untuk menambah rasa. Pindahkan campuran ke dalam bekas pembakar atau kaserol hidangan.
2. Campur semua bahan-bahan crumble dan taburkan di atas campuran berkrim. Tekan kebawah secara sederhana dan bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180º C selama 20 minit.
3. Hidangkan panas dengan roti keras dan salad.

 

 

Tags: _ Sayuran_ Ikan_ Tuna_ Timur bertemu Barat_ Makan Tengahari_ Makan Malam_ Semua resipi

Share This

 

Go To Top