162

 

Untuk 30 pcs | Masa Menyediakan: 45 Mins | Masa Memasak: 15 Mins

mushrooms

 

BAHAN-BAHAN:

KULIT DUMPLING*

450g tepung biasa 

1 sudu kecil garam 

300ml air

 

ISI

1 420g tin Cendawan Ayam Brand™, dicincang nipis

3 sudu besar minyak

4 bawang merah, dicincang halus

4 tangkai daun bawang

250g kubis, dicincang halus

1 sudu besar sos tiram

 

CARA MEMASAK:

 

MENYEDIAKAN ISI

1. Panaskan kuali dan masak semua bahan isi selama 3 minit.  Ketepikan dan biarkan sejuk. 

 

MENYEDIAKAN KULIT*

2. Campur tepung, garam dan air dan campur sehingga sebati. Simpan doh dalam balutan plastik selama 10 minit.  

3. Bahagikan doh kepada 30-35 bola kecil. Tepungkan permukaan meja dan ulikan sehingga bulatan 2.5 inci. 

4. Tepungkan di antara kulit supaya tidak melekat. 

 

MEMASAK DUMPLING*

5. Sudukan sedikit isi kedalam kulit. Lipat dan kelimkan.

6. Masak dalam air panas(sehingga dumpling timbul selepas 3-5 minit) atau anda juga boleh tutup dan goreng dengan minyak pada suhu sederhana panas sehingga kulit masak dan rangup. 

7. Sediakan dengan halia yang telah dihiris dan cuka hitam. 

 

*Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan kulit yang telah sedia dijual. 

 

Tags: _ Sayuran_ Resipi Asia Mudah_ Masakan Cina_ Makan Tengahari_ Semua resipi_CNY recipes

Share This

 

Go To Top