163

 

 

Untuk 40 pcs | Masa Menyediakan: 60 Mins | Masa Memasak: 30 Mins (termasuk pes)

pineapple-cubes-410

 

BAHAN-BAHAN:

PES
  • 2 tin 410g Ayam Brand™ Nenas Kiub, ditapis dan dikisar halus 
  • 100g gula kastor
  • 1 batang kulit kayu manis
DOH
  • 150g mentega, sejuk dan dipotong 
  • 75g gula icing
  • 1 kuning telur
  • 30ml air sejuk
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 280g tepung serbaguna
  • 50g tepung jagung
  • 1 telur, dipukul dengan sedikit garam untuk salutan doh

 

Cooking Steps:

PES

1. Campurkan nenas yang telah dikisar, gula dan kayu manis dalam pot. Masak sambil mengacau sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sejuk. 

DOH

2. Sediakan bahan-bahan kering dalam mangkuk. Blend dengan mentega sehingga tekstur menjadi agak hancur. Tambahkan kuning telur, esen vanilla dan campurkan sehingga menjadi doh yang sebati dan halus. Jika doh masih agak hancur, tambahkan sedikit air sehingga ia sebati semua. Tutup mangkuk dengan plasik dan biar dingin selama 20 minit. 
3. Kemudian, ulikan doh diantara 2 keping plastik sehingga tebal 1/4 inci. Bentukkan mengikut citarasa dan pindahkan atas dulang yang telah disediakan kertas pembakar. 

TART

4. Ulikan satu sudu kecil pes nenas sehingga menjadi bulat dan pindahkan ke atas doh yang telah dibentul. 
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 ºC selama 15 minutes sehingga keemas-emasan. Biarkan sejuk. 

 

 

 

 

Tags: _ Sayuran_ Buah-buahan_ Manisan_ Resipi Asia Mudah_ Masakan Cina_ Makan Tengahari_ Pencuci mulut_ Semua resipi_CNY recipes

Share This

 

Go To Top