CURRY MACKEREL

Hidangan untuk 4

Mackerel-in-tomato-425

bahan-bahan

  • 1/2 cawan minyak
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 tomato, dipotong empat
  • 2 kacang bendi
  • 1 biji terung, didadukan
  • 1/4 cawan jus assam jawa
  • 1/2 cawan Krim kelapa AYAM 140ml
  • 1 tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ 425g
  • Garam & lada

 fish-curry-powder-75

 

 

 

 

 

 

 

CAMPURKAN DAN KISAR

  • 5 bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 sudu besar Serbuk Kari Ikan Ayam Brand™

 

dikisar

Untuk mengisar bumbu tersebut, kita boleh menggunakan mesin pengisar atau lesung. Letakkan kesemua bahan bumbu : bawang kecil dikupas, bawang putih, halia dan serbuk kari. Kemudian kisarkan.

 

CAMPURAN & MENGGORENG

Dalam periuk, panaskan minyak dan gorengkan daun kari. Kemudian, tambahkan bahan dari mesin pengisar. Kita gunakan spatula getah untuk mengeluarkan kesemua bumbu tersebut dan gorengkan sehingga wangi. Tambahkan tomato, kacang bendi dan terung. Kemudian, tambahkan sos tomato dari tin mackerel, jus assam jawa dan krim kelapa. Masukkan perisa mengikut cita rasa anda.

 

MERENEH

Untuk kari yang kaya, kita mestilah membiarkan kuahnya menjadi pekat. Kemudian, tambahkan mackerel dan krim santan yang selebihnya supaya ia lebih wangi. Biarkan mereneh selama 2-3 minit. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak pecah

 

cara hidangan

Hiaskan dengan hirisan cili untuk warna yang lebih menarik. Hidangkan bersama nasi panas.

 

 

 

Tags: _ Ikan_ Kari_ Resipi Asia Mudah_ Makan Tengahari_ Makan Malam_ Semua resipi

Share This

 

Go To Top