Kuih Kaswi

 

BAHAN:

  • 4 cawan tepung ubi

  • 700g labu kuning

  • 300ml Santan Ayam Brand

  • 3 cawan air

  • 7 gram tepung agar agar

  • 2 cawan gula

  • 1 sudu kecil garam

  • Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa

CARA:

  1. Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk.
  2. Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air.
  3. Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar.
  4. Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin.
  5. Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam.
  6. Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras.
  7. Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut. Hidang

Share This

 

Go To Top