Kuih Talam

 

BAHAN:

Lapisan Buah

2 cawan air sejuk
¼ cawan gula
½ cawan air laici
1¾ sudu kecil tepung agar agar powder
2 cawan potongan buah mengikut citarasa seperti Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberries
Lapisan Santan
¾ cawan Ayam Brand Santan Superlight
¼ cawan air
¾ sudu kecil + ⅛ sudu kecil tepung agar agar
3 sudu besar gula
Secubit garam
4 inci daun pandan(optional)

CARA:

1. Dalam pot kecil tanpa api, masukkan air sejuk, air laici, tepung agar dan campurkan sehingga licin
2. Kemudian, hidupkan api dan biar didih sehingga semua cair. Sentiasa kacau.
3. Masukkan gula dan didih sehingga cair. Matikan api dan masukkan ¼ kedalam bekas agar.
4. Masukkan potongan buah.
5. Letakkan agar yang selebihnya menutup buah.
6. Biarkan sejuk selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kukuh untuk lapisan kedua
Sambil menunggu lapisan buah mengeras, buat bahagian santan:
7. Didalam periuk kecil tanpa api, campurkan santan dan tepung agar. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan daun pandan dan hidupkan api. Biarkan didih sambal sentiasa mengacau campuran sehingga agar telah cair secukupnya
9. Masukkan gula dan garam. Campur sehingga cair. Buang daun pandan.
10. Pastikan bahagian buah telah mengeras dan kering, tuangkan campuran santan diatasnya dengan sudu.
11. Masukkan peti ais untuk satu jam(atau lebih) sehingga ia telah mengeras.

Share This

 

Go To Top