Bibimbap Ayam Gochujang
Bahan-bahan:
- 150g tin Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas Ayam Brand™
- 2 cawan beras – dimasak
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 lobak, potong nipis
- 1 timun, potong nipis
- 1 cawan tauge
- 4-5 cendawan shiitake, dihiris
- 1 cawan bayam
- Biji wijen untuk hiasan
Penyediaan:
- Rebus tauge sekejap (2 minit) dan bayam (30 saat), toskan dan gaul dengan minyak bijan dan garam. Tumis lobak (2 minit) dan cendawan dengan kicap (2 minit). Timun dibiarkan mentah.
- Panaskan ayam carik di atas kuali selama 1 – 2 minit sehingga sedikit karamel. (Atau hidangkan terus dari tin).
- Sapukan mangkuk dengan minyak bijan, letakkan nasi (Untuk nasi rangup: gunakan periuk batu dengan api sederhana selama 3-5 minit sehingga berkerak).
- Susun sayur-sayuran di sekeliling mangkuk. Taburkan biji bijan. Letakkan ayam carik di tengah – tengah mangkuk.
- Gaulkan semua sekali sebelum makan! Hidangkan dengan daun salad dan tambahkan ayam carik.








