Stew Ayam Lada Hitam
Bahan-bahan:
- 150g Ayam Carik Lada Hitam Ayam Brand™
- 425g Stew Kacang Campur Ayam Brand™
- 1 tangkai daun bawang, potong halus
- 1 biji limau nipis
- Garam & lada secukup rasa
Hidangkan Dengan:
- Roti tortila
- Keju parut
- Salsa segar
Penyediaan:
- Tuangkan stew kacang campur dalam kuali dengan api sederhana. Kacau dan biarkan mereneh selama 3 – 4 minit.
- Masukkan ayam carik lada hitam ke dalam kuali. Gaul sekata dan masak selama 3 – 4 minit sehingga semuanya panas dan sebati.
- Rasa dan sesuaikan dengan garam dan lada hitam jika perlu.
- Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan perah limau nipis di atas stew sebelum dihidangkan untuk rasa yang lebih 'kick'.
- Nikmati terus dari kuali dengan tortilla panas, keju parut dan salsa di sisi.








