1.
|
Peraduan:
|
PERADUAN AYAM BRAND JOM BELI & RAIKAN TUAH MENUAI
|
2.
|
Penganjur:
|
A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd 195901000060 (0003409V)
|
3.
|
Tempoh Peraduan:
|
- Peraduan akan dijalankan dari 00:00:00, 12/05/2025 hingga 23:59:59, 06/07/2025.
- Semua penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
- Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan mengikut budi bicara mutlaknya atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan sedemikian tidak akan membolehkan sebarang tuntutan oleh Peserta.
|
4.
|
Kelayakan:
|
- Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk sah di Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak ("EM") sahaja yang berumur 18 tahun ke atas (pada 12/05/2025) kecuali pekerja dan keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat gabungan dan/atau berkaitannya, pengedar, komunikasi, PR, digital dan agensi Peraduan.
- Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan diri, jika perlu.
|
5.
|
Produk Mengambil Bahagian:
|
- Produk AYAM BRAND™ (“Produk yang mengambil bahagian”) adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
- AYAM BRAND™ Sardines
- AYAM BRAND™ Saba
- AYAM BRAND™ Mackerel
- AYAM BRAND™ Tuna
- AYAM BRAND™ Baked Beans
- AYAM BRAND™ Coconut Milk and Kerisik
- AYAM BRAND™ Fruits & Vegetables
- AYAM BRAND™ Cooking Paste
- AYAM BRAND™ Pulled Chicken
- AYAM BRAND™ Sauces
|
6.
|
Bukti Pembelian:
|
- Untuk menyertai Peraduan, beli sekurang-kurangnya RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh) ("Pembelian Minima") mana-mana Produk dalam satu resit asal daripada mana-mana outlet dalam kedai ("Resit") dan/atau invois daripada peniaga dalam talian yang mengambil bahagian ("Invois") semasa Tempoh Peraduan.
- Resit Outlet Dalam Kedai:
- Resit asal yang dicetak mestilah mengandungi butiran tarikh pembelian, Produk yang dibeli, jumlah pembelian, nombor Resit dan nama atau logo Outlet dalam kedai.
- Invois Peniaga Dalam Talian:
- Peniaga Dalam talian yang mengambil bahagian adalah:
- Tangkapan skrin invois mesti mengandungi tarikh pembelian, Produk yang dibeli, jumlah pembelian, nombor Invois, alamat penghantaran ke EM dan nama atau logo outlet Peniaga dalam talian. Untuk pembelian dalam talian dengan kod promosi dan/atau rebat dan/atau baucar diskaun dan/atau baucar penghantaran dan/atau lain-lain diskaun, jumlah pembayaran akhir Produk mestilah jumlah Pembelian Minima dan ke atas untuk layak.
- Resit dan/atau Invois adalah bukti pembelian ("Bukti Pembelian") yang diperlukan untuk menyertai Peraduan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Bukti Pembelian yang mereka inginkan tetapi setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk 1 (satu) penyerahan penyertaan.
- Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Bukti Pembelian dengan butiran yang tidak lengkap, dicetak semula, digandakan, tidak boleh dibaca, tidak jelas, rosak, diubah, diubah suai, dihasilkan sendiri, dipalsukan dan/atau dalam sebarang bentuk yang tidak memenuhi keperluan pada pendapat Penganjur. Semua Bukti Pembelian yang tidak memenuhi keperluan yang dinyatakan di sini akan dibatalkan kelayakan oleh Penganjur tanpa pemberitahuan lanjut kepada Peserta.
- Pihak Penganjur akan memperuntukkan nombor bersiri mengikut jumlah pembelian seperti yang dinyatakan dalam Bukti Pembelian yang diserahkan. Bagi setiap RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh), Penganjur akan memperuntukkan 1 (satu) nombor bersiri sehingga maksima 5 (lima) nombor maksima bagi setiap Bukti Pembelian telah diperuntukkan.
Contoh:
- Jika anda membeli RM26.50 Produk dalam satu Bukti Pembelian semasa Tempoh Peraduan, Penganjur akan memperuntukkan 1 (satu) nombor bersiri.
- Jika anda membeli RM187.50 Produk dalam satu Bukti Pembelian semasa Tempoh Peraduan, Penganjur akan memperuntukkan 5 (lima) nombor bersiri.
|
7.
|
Kaedah Penyertaan:
|
- Kaedah penyerahan Peraduan adalah melalui Laman Web Peraduan sahaja. Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk 1 (satu) penyertaan melalui WhatsApp.
- Penyerahan Penyertaan melalui Laman Web Peraduan:
- Lawati Laman Web Peraduan di [https://www.ayambrand.com.my/index.php/harigawaikaamatan2025] atau imbas kod QR yang ditunjukkan pada bahan komunikasi di Outlet yang mengambil bahagian dan lengkapkan Borang Web.
- Lengkapkan semua butiran peribadi yang diperlukan pada Borang Web termasuk negeri pemastautin dan nombor mudah alih berdaftar di Malaysia yang serasi dengan WhatsApp untuk komunikasi lanjut ("Butiran Peribadi").
- Tangkap satu (1) gambar/imej yang jelas dan boleh dibaca dalam format jpg atau jpeg atau png ("Imej") Bukti Pembelian dengan Butiran Resit atau Butiran Invois.
- Satu (1) Imej mesti mengandungi gambar satu (1) Bukti Pembelian sahaja dan saiz fail Imej mesti kurang daripada 5MB.
- Muat naik Imej pada Borang Web dan klik 'hantar' ("Penyertaan").
- Penganjur akan memaparkan mesej Terima Kasih untuk setiap Penyertaan yang diterima.
- Penganjur akan mengekstrak semua Penyertaan yang diterima untuk pemprosesan, pengesahan dan kelayakan selanjutnya. Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana Penyertaan dengan Butiran Peribadi yang tidak lengkap, Imej yang tidak jelas dan/atau tidak boleh dibaca dan/atau mengandungi lebih daripada satu (1) Imej Bukti Pembelian. Semua Penyertaan yang tiak memenuhi syarat yang dinyatakan di sini akan dibatalkan kelayakan oleh Penganjur tanpa pemberitahuan lanjut kepada Peserta.
- Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian asal (salinan cetak) sebagai bukti untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan salinan cetak Bukti Pembelian asal apabila diminta akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan pembatalan.
|
8.
|
Hadiah Mingguan & Tempoh Mingguan:
|
- Untuk Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan:
- Terdapat sejumlah 5 (lima) Hadiah Mingguan berupa 1 (satu) Kod Penebusan Kredit Boost RM100 setiap satu dimenangi untuk setiap minggu selama 8 (lapan) minggu berturut-turut.
- Terdapat sejumlah 40 (empat puluh) Hadiah Mingguan untuk dimenangi untuk Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan di akhir Tempoh Peraduan.
- Untuk Sarawak:
- Terdapat sejumlah 5 (lima) Hadiah Mingguan berupa 1 (satu) E-Kredit SPayGlobal (Sarawak Pay) RM100 setiap satu untuk dimenangi untuk setiap minggu selama 8 (lapan) minggu berturut-turut.
- Terdapat sejumlah 40 (empat puluh) Hadiah Mingguan untuk dimenangi untuk Sarawak di akhir Tempoh Peraduan.
- Berikut adalah 8 (lapan) tempoh mingguan:
Minggu 1: 12/05/2025 - 18/05/2025 Minggu 2: 19/05/2025 - 25/05/2025 Minggu 3: 26/05/2025 - 01/06/2025 Minggu 4: 02/06/2025 - 08/05/2025 Minggu 5: 09/05/2025 - 15/06/2025 Minggu 6: 16/06/2025 - 22/06/2025 Minggu 7: 23/06/2025 - 29/06/2025 Minggu 8: 30/06/2025 - 06/07/2025
|
9.
|
Mekanik Pemilihan Pemenang Hadiah Mingguan:
|
- Setiap minggu semua Penyertaan Layak yang diterima akan diasingkan mengikut negeri di mana Penganjur terima dalam Penyertaan Layak (iaitu: Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak). Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bagi setiap negeri bermula dari nombor bersiri "1". Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan ditambah untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak bagi setiap minggu.
- Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak mingguan Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan untuk Minggu 1 ialah 2503, Penganjur akan memilih Finalis berdasarkan mekanik berikut:
- 5 (Lima) Finalis Hadiah Mingguan (Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan):
2503 akan dibahagikan dengan 5 yang bersamaan dengan 500.6 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 500. Nombor bersiri kemenangan pengganda dalam kes ini ialah 500. 5 (Lima) Penyertaan Layak diberikan nombor bersiri dengan gandaan 500 iaitu i.e.: 500, 1000, 1500, 2000 dan 2500 akan dipilih.
Jika jumlah nomber bersiri Penyertaan Layak mingguan Sarawak untuk Minggu 1 ialah 3003, Penganjur akan memilih Finalis berdasarkan mekanik berikut:
- 5 (Lima) Finalis Hadiah Mingguan (Sarawak): 3003 akan dibahagikan dengan 5 yang bersamaan dengan 600.6 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 600. Nombor bersiri kemenangan pengganda dalam kes ini ialah 600. 5 (Lima) Penyertaan Layak diberikan nombor bersiri dengan gandaan 600 iaitu i.e.: 600, 1200, 1800, 2400 dan 3000 akan dipilih.
|
10.
|
Hadiah Utama:
|
- Untuk Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan:
Terdapat 9 (sembilan) Hadiah Utama yang disenaraikan di bawah untuk dimenangi di akhir Tempoh Peraduan.
- 1 (Satu) Hadiah Utama* berupa 1 (satu) YAMAHA EZ115 bernilai RM6,685.
- 8 (Lapan) Hadiah Pertama berupa 1 (satu) PHILIPS NA342/09 AIR FRYER NOVA bernilai RM729 setiap satu.
- Untuk Sarawak:
Terdapat 9 (sembilan) Hadiah Utama yang disenaraikan di bawah untuk dimenangi di akhir Tempoh Peraduan.
- 1 (Satu) Hadiah Utama* berupa 1 (satu) YAMAHA EZ115 bernilai RM6,685.
- 8 (Lapan) Hadiah Pertama berupa 1 (satu) PHILIPS NA342/09 AIR FRYER NOVA bernilai RM729 setiap satu.
*Hadiah Utama adalah berharga "atas jalan" termasuk pendaftaran, cukai jalan, dan insurans. Sebarang yuran tambahan dan/atau yuran rampai dan/atau perbelanjaan yang terlibat dalam pengambilan, penggunaan, dan/atau penyelenggaraan Hadiah Utama adalah dipertanggungjawab oleh dan bertanggungjawab pemenang Hadiah Utama sepenuhnya.
|
11.
|
Mekanik Pemilihan Pemenang Hadiah Utama:
|
- Di akhir Tempoh Peraduan semua Penyertaan Layak yang diterima akan diasingkan mengikut negeri di mana Penganjur terima dalam Penyertaan Layak (iaitu: Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak). Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bagi setiap negeri bermula dari nombor bersiri "1". Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan ditambah untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak untuk Tempoh Peraduan untuk setiap minggu bagi setiap negeri.
- Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak Sabah & Wilayah Perseketuan Labuan ialah 56003, Penganjur akan memilih Finalis berdasarkan mekanik berikut:
- 1 (Satu) Finalis Hadiah Utama (Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan):
56003 akan dibahagikan dengan 2 yang bersamaan dengan 28001.50 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 28001. Penyertaan Layak diberikan dengan nombor bersiri 28001 akan dipilih.
- 8 (Lapan) Finalis Hadiah Pertama (Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan):
56003 akan dibahagikan dengan 8 yang bersamaan dengan 7000.37 yang akan dibundarkan ke bawah kepda 7000. Nombor bersiri kemenangan pengganda dalam kes ini ialah 7000. 8 (Lapan) Penyertaan Layak diberikan nombor bersiri dengan gandaan 7000 iaitu: 7000, 14000, 21000, 28000 dan seterusnya akan dipilih.
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak Sarawak ialah 60003, Penganjur akan memilih Finalis berdasarkan mekanik berikut:
- 1 (Satu) Finalis Hadiah Utama (Sarawak):
60003 akan dibahagikan dengan 2 yang bersamaan dengan 30001.50 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 30001. Penyertaan Layak diberikan dengan nombor bersiri 30001 akan dipilih.
- 8 (Lapan) Finalis Hadiah Pertama (Sarawak):
60003 akan dibahagikan dengan 8 yang bersamaan dengan 7500.37 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 7500. Nombor bersiri kemenangan pengganda dalam kes ini ialah 7500. 8 (Lapan) Penyertaan Layak diberikan nombor bersiri dengan gandaan 7500 iaitu: 7500, 15000, 22500, 30000 dan seterusnya akan dipilih.
|
12.
|
Soalan Wajib & Jawapan:
|
- Penganjur akan menghubungi semua Finalis terpilih melalui WhatsApp daripada Nombor WhatsApp Rasmi PERADUAN JOM BELI & RAIKAN TUAH MENUAI 6018 322 6280 ke nombor telefon mudah alih yang diterima Penganjur dalam Penyertaan Layak. Setiap Finalis yang terpilih akan diberikan 1 (satu) soalan untuk dijawab melalui WhatsApp. Finalis yang dipilih mesti menjawab soalan yang diberikan oleh Penganjur dengan betul untuk memenangi Hadiah.
- Sekiranya Finalis terpilih gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau gagal menjawab dalam masa yang dinyatakan dalam mesej WhatsApp, Finalis yang dipilih akna dibatalkan kelayakannya dana digantikan dengan nombor bersiri Finalis selepas nombor bersiri Finalis terpilih yang telah dibatalkan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Finalis yang dipilih tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.
|
13.
|
Pemenuhan Hadiah:
|
- Setiap Peserta sepanjang Tempoh Peraduan hanya boleh memenangi:
- 1 (Satu) Hadiah Mingguan, dan
- 1 (Satu) Hadiah Utama dengan nilai yang lebih tinggi.
- Atas permintaan, semua Pemenang mesti memberikan butiran peribadi mereka kepada Penganjur untuk pemenuhan hadiah. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan bagi tujuan pengesahan, jika perlu. Kegagalan untuk memberikan sebarang bukti pengenalan memberi hak kepada Penganjur untuk membatalkan kelayakan Pemenang dan pelucutan Hadiah.
- Semua Hadiah Mingguan kod tambah nilai eWallet akan dihantar oleh pembekal perkhidmatan Penganjur melalui WhatsApp daripada Nombor WhatsApp Rasmi PERADUAN JOM BELI & RAIKAN TUAH MENUAI 6018 322 6280 ke nombor telefon muah alih yang diterima Penganjur dalam Penyertaan Layak, dalam tempoh 8 (lapan) hingga 12 (dua belas) minggu dari tarikh tutup Peraduan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika mana-mana Kod Penebusan Kredit Boost dan E-Kredit SPayGlobal (Sarawak Pay) tidak dapat dihantar atau disampaikan kepada Pemenang disebabkan sebarang perubahan atau perbezaan dalam nombor hubungan mudah alih yang diserahkan oleh pemenang kepada Penganjur semasa penyerahan peyertaan Peraduan.
- Semua Pemenang Mingguan kod tambah nilai e-Wallet mesti mematuhi terma dan syarat vendor dan pihak yang mengatur dan menyediakan Kod PIN Tambah Nilai e-Wallet. Pemenang hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang yuran pentadbiran tambahan atau kos yang berkaitan dengan menebus Kod PIN Tambah Nilai e-Wallet melalui saluran selain daripada aplikasi dan pengunaan masing-masing. Berikut adalah terma dan syarat vendor:
- Hadiah Pertama akan dihantar melalui kurier kepada Pemenang oleh Penganjur dalam tempoh 8 (lapan) hingga 12 (dua belas) minggu dari tarikh tutup Peraduan ke alamat yang diberikan oleh Pemenang.
- Pemenang Hadiah Utama akan menerima surat pengakuan dalam tempoh 8 (lapan) hingga 12 (dua belas) minggu dari tarikh tutup Peraduan ke alamat yang diberikan oleh Pemenang. Pemenang dikehendaki mengambil Hadiah Utama di pusat pengedar YAMAHA terpilih seperti yang dinyatakan dalam surat pengakuan penerimaan Pemenang. Penganjur akan memilih pusat pengedar YAMAHA yang terdekat daripada alamat yang diberikan oleh Pemenang.
- Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini atas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur. Penganjur berhak untuk menukar kaedah pemenuhan yang dinyatakan di bawah klausa ini mengiku budi bicara Penganjur.
- Semua Hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir yang ditetapkan oleh Penganjur akan dibatalkan.
- Semua Pemenang akan dimaklumkan melalui WhatsApp. Semua Hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 (tiga) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Pengajur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan tidak diterima atau terdapat kelewatan penghantaran pemberitahuan kepada peserta.
- Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua hadiah dan terma dan syarat yang disertakan pada hadiah, jika ada. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini atas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.
- Semua Peserta mesti mematuhi Mekanik Pemilihan Pemenang yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilainya,pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan atas dasar "Sedia Ada" dan tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.
- Para Pemenang akan diumumkan di laman web rasmi Penganjur di https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia/.
|
14.
|
Terma Tambahan:
|
- Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua perkara dalam kelewatan, ketidakserahan dan/atau gangguan WhatsApp dan mesej dalam talian yang dihantar atau diterima dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penggunaan telefon mudah alih atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan yang berkaitan dengan Peraduan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawab untuk sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau pemusnahan, akses tanpa kebenaran kepada, atau pengubahan, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian telefon atau talian, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
- Peserta hendaklah memikul liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada penyertaan dalam Peraduan.
- Dengan menyertai Peraduan, Peserta bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi mereka dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang serta Penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa pampasan atau notis lanjut dan setiap Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan untuk penggunaan Penyertaan mereka oleh Penganjur.
- Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk menyediakan perkhidmatan atau surat-menyurat dengan peserta. Maklumat ini disimpan dalam cara yang sesuai dengan sifat data oleh Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan menyerahkan maklumat peribadi Peserta, Penganjur menganggap bahawa kebenaran telah diberikan kepada Penganjur dan/atau ejennya yang diberi kuasa untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan Peraduan masa kini dan masa hadapan serta untuk menambah baik produk dan perkhidmatannya. Jika Peserta memaklumkan Penganjur melalui [email protected] bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan sebagai asas untuk menghubungi selanjutnya, Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat Peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan syarikat lain untuk kegunaan mereka.
- Dengan menyertai Peraduan, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat rasmi Peraduan serta keputusan Penganjur. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan ini, sila elakkan daripada menyertai Peraduan.
- Penganjur berhak untuk meminda, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis awal pada bila-bila masa dan Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
- Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan keputusan yang dibuat oleh Penganjur tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat Peraduan ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan.
- Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku ketidakseragaman antara kedua-dua versi, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
|
15.
|
Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010:
|
- Notis bertulis ("Notis") ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak of A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd ("A. Clouet" atau "kami"). Tambahan lagi, dengan mengemukakan borang Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh A. Clouet dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi, nombor hubungan, alamat dan maklumat lain yang kami hendaki daripada anda dalam borang Peraduan ini. A. Clouet akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada A. Clouet, untuk tujuan mengendalikan peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).
- Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyelia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kamu adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut dikemas kini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi anda dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi dengan menghantar e-mel ke penyedia perkhidmatan di [email protected]. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai berbanding versi Bahasa Malaysia.
|